Wednesday, 14 May 2014

Graduated sudah...

Alhamdulillah..
Akhirnya aku telah menamatkan pengajian di matrikulasi dgn jayanya pada 29 april 2014. Paper terakhir yg aku tgh buat waktu tu ialah ekonomi. Syok gile. Ekonomi dh jd 'teman rapat' aku sejak sem 1 lagi. Hehehe. Waktu lecturer umum peperiksaan kami dh tamat, aku terus sebak. Huhuu :'( cptnya masa berlalu kan? Setahun dh pun... itulah hakikatnya bgelar pelajar matriks, belum puas merasai gelaran pelajar, tup tup dh graduate.. bnyk sgt yg aku dpt dari sana. Kolej matrikulasi labuan (KML) selayaknya digelar bumi tarbiyyah. SubhanaAllah bnyk yg tlh ku perolehi dan tlh mengubah hidup aku. Dulunya aku x pakai stoking tp sekarang alhamdulillah aku dh mula praktik tutup aurat dgn lebih sempurna. Improvement yg nmpk kecil tapi besar nilainya sbb Allah kan dh bgtau dlm Quran aurat perempuan ni seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka ;) tau tak apa hukumnya x cover kaki tu? Nanti kena percikkan api neraka tau. Haaaaaa,,. Sakit tu! Memang x dinafikan aku hanya hambaNya yg lalai. Tapi aku perlu berusaha sbb Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka...
Dlm peringkat umur persinggahan mcm aku ni (19 thn), kami sering dilanda satu ujian yg berat yakni ujian hati. Allahu. Memang berat sgt2. Huhuhu. Bukan senang nk jaga hati drpd terjebak dlm masalah cintan cintun. Kawan aku yg alim plus warak pun x dpt nafikan benda yg sama. Tp kita perlu dahulukan apa yg pntg. Jgn salahkan perasaan cinta kerana rasa itu suci anugerah Illahi cuma perkara yg mendekatkan kita kpd zina ja yg buat cinta tu jd haram jadah. Contohnya, kalau kita cinta org tu dan asyik intip dan ingat kt dia 24 hours sampai solat pun asyik nampak muka dia, itu dh jd zina hati dan mata lalu menyebabkan kita lalai. Nampak x ianya dh mhampiri zina so secara automatik semua tu dh jd haram. Allah x suka semua tu. Memang betul perasaan cinta x boleh nk elak, tp pandai2 lh jg hati, bnykkn selawat zikir bg penguat hati agar dijauhkan drpd zina dan bdoalah pada Allah agar Allah pelihara hati kita ini.. itulah fitrah kita sebagai manusia, CINTA. Tp percayalah pd janji Allah dan sentiasa husnudzon pada Allah bahawasanya kalau memang dh tertulis dia jodoh kita, mungkin bukan sekarang, tp jodoh itu akan dtg pada masa depan. Mungkin kini bukan waktunya lagi. Allah kan dh janji akan bagi yg terbaik utk kita, so apa perlu risau lagi, serahkan semuanya pd Yang Berkuasa. Jodoh di dunia adalah sesuatu yg tidak pasti namun jodoh di akhirat kelak adalah suatu kepastian.
Eh mcm bunyi pengisian usrah la pulak. Huhuu. Layak ka org mcm aku nk buat pengisian usrah??? Huhuhuhu. Rasanya ilmu yg aku ada sgt sedikit dan x layak pun nk buat usrah. :'( tp insyaAllah akan ku perbaiki dari semasa ke semasa. Nk buat pengakuan la sikit :D aku sgt2 sayangkan dan rindukan kolej matrikulasi labuan.. setiap mlm mimpi kolej tu. Huhuhuhu. Alhamdulillah bsyukur sgt2 aku dpt peluang menuntut ilmu kt sana dan aku harap dapat pointer yg baik2. InsyaAllah. Infiru! Allahuakbar...